Osama + Amerika = Gawat Semesta

•December 3, 2008 • 3 Comments

Salam keamanan dan kesejahteraan buat semua makhluk bernyawa…

Sungguhpun cerita yang ditulis ini terjadi pada setahun yang lepas (Sept-Okt 2007), namun intipati di- sebalik kisahnya aku harap dapat difikirkan bersama; zaman-berzaman…

Tanggal 3 sept ke 3 oktober 2007 yang lalu , aku bersama 3 krew sepasukan (4 semuanya) telah ditugaskan untuk menghasilkan program berbentuk ’travelogue’/dokumentari 30 minit sebanyak 13 episod . Premisnya agak senang untuk difahami . Untuk mencari kisah2 menarik mengenai kehidupan pelbagai masyarakat berbilang kaum dan agama yang hidup secara harmoni di kota Metropolitan New York, Amerika Syarikat; dari perspektif kami sebagai wartawan dan krew Muslim .

Ditayangkan di stesyen TV Astro, Oasis chanel (106); “AL-MUQADDIM” merupakan rancangan yang kami terbitkan. Dengan makna ‘Awalan’ ataupun ‘Pendahuluan’ ; Al-Muqaddim sememangnya sebuah titik mula bagi penonton melihat dan memahami keterusan hidup berbagai bangsa yang berlangsung di bumi demokrasi saranan negara Uncle Sam yang memang bercorak Metropolitan .

Peristiwa hitam dan tragedi Sebelas September 2001 (yang melanda New York dan Washington) menjadi pemangkin kepada dunia berada dalam serba kegawatan . Isu gawat keselamatan dalam dan luar negara, gawat toleransi dan kepercayaan serta kefahaman budaya antarabangsa dan beragama mula mencemar-kotorkan kanvas kehidupan sejagat yang sebelum ini berlangsung dengan penuh warna-warni .

Agama dikatakan punca keganasan. Balas dendam (terhadap US dan sekutunya yang melakukan kezaliman ke atas umat Islam seluruh dunia) dilabel sebagai motif utama. Era perang salib order baru diuar-uarkan sedang berlaku . Namun tiada satupun kesimpulan yang senang bagi kita fahami mengenai porak-peranda ciptaan negara Uncle Sam ni . Seakan menonton filem hollywood, kita asyik menerima dan menelan segala apa yang disuapkan ke minda kita hari demi hari dan kini sudahpun ganjil 7 tahun . Kini dunia sudah selesa dengan tanggapan yang Muslim adalah PENGGANAS.

Kami bernasib baik kerana dalam seminggu kehadiran kami melakukan penggambaran di jantung New York iaitu di Manhattan, berlakunya hari bersejarah yang dinamakan sebagai MUSLIM DAY PARADE (MDP) . Acara yang berlangsung sehari suntuk ni bertujuan untuk merapatkan ukhwah Islamiyah di kalangan masyarakat Islam seluruh USA dan juga masyarakat bukan Islam amnya. Bukan tu je, ia turut mengumpulkan pemimpin2 ulung setiap agama; dan aktiviti perarakan beramai2 sejauh lebih kurang 3 km dimulakan dan berakhir di sebuah pentas utama .

Majlis yang diisi dengan program ucaptama dari setiap pemimpin pelbagai agama itu berjalan dalam cuaca dan keadaan yang nyaman sekali . Ia juga memperlihatkan bakat2 muda dari golongan kanak2 ke dewasa bernasyid, berpidato dan berhenti seketika apabila bertemu dengan waktu solat; yang dikerjakan di sekitar jalanan dan taman yang berhampiran. Bagi aku ini adalah pengalaman yang indah kerana pertama kali menyambut majlis yang julung2 kalinya di negara seperti Amerika ni. Kat negara kita memang takdela , pasal memang dah duduk dalam negara Islamkan! (Betul ke Malaysia dikira sebagai negara Islam?, Confirm?kalau ye takkan sampai sekarangpun ada pihak yang berani menyangkal kenyataan ni, entahlah ! ).

Jadi, ramailah orang yang kitorang interview untuk mendapatkan jawapan dari pandangan diorang tentang hidup di US ni, apakah cabarannya menjadi seorang Muslim dan adakah berlaku sebarang diskriminasi di kalangan masyarakatnya… serta macam2 lagilah soalan2 relevan lain.    

Tambah menarik apabila kami berjumpa dengan sorang mamat American-Pakistani yang tengah shooting jugaklah. Borak punya borak, dia kata dia ada banyak material untuk 9/11nya cerita yang kitorang nak bikinlah (dan sudi untuk meminjamkan dekat kitorang). Pendek kata, mamat ni cool gilalah, rupa2nya dia ni kaya, tapi bukan guna duit mak bapak. Belajar filem kat NYU, tapi tak habis, tapi full of determination nak jadi film director; dan Alhamdulillah kira dah berjayalah sekarang ni .

Dalam macam2 cerita yang kitorang dengar dari masyarakat tempatan NY mengenai 9/11 dan Osama bin Laden ni, aku tertarik benar dengan beberapa teori yang dicadangkan oleh beliau. Bagi kebanyakkan mereka yang tidak pro kerajaan dan mempercayai bahawa isu 9/11 (nine eleven) tidak lebih dari sekadar teater experimental yang diarah kerajaan ; mereka merasakan yang tragedi itu sememangnya telah dirancang dengan penuh teliti .

Dia ada tanya dengan kitorang pernah dengar tak cerita pasal World Trade Center (WTC) 7. WTC yang menara berkembar tu pernahlah. Tak tahu pulak ada WTC 7. Dia kata masa WTC roboh akibat serangan 2 kapal terbang tu , nak jadi cerita bangunan WTC 7 yang berada jauh di belakang dari WTC tu pun runtuh jugak tak tentu pasal. Dia kata pemilik bagi kedua2 WTC ni adalah orang yang sama. Beberapa bulan sebelum kejadian tu owner dia ni ( apa Silverstein ntah) dah beli insurans yang tinggi untuk premis dia . So, rumusan yang senang bagi kita fahami ialah memang dah ada rancangan untuk me’nyah’-musnahkan bangunan2 yang dikira sudah lapuk tu dalam era serba moden ni .

Tambah beliau, kejadian 9/11 dan imej2 yang berjaya direkodkan bagi menunjukkan peristiwa itu telah ditangani dengan rakaman yang begitu baik sekali. Seakan juga suatu perancangan yang bersungguh2 telah dilaksanakan. Semua angle telah dicover (360), baik dari jarak dekat sehinggalah ke luar dari pulau manhattan itu . Apa yang tidak disangka oleh perancang utama kejadian ni ialah apabila semua arah dapat dirakamkan , penonton yang obses akan melihat semula rakaman ni secara beribu2 kali.

Hasilnya terciptalah pertubuhan2 bukan kerajaan yang menyiasat perkara ni secara terpeinci, baik dalam kumpulan mereka mahupun secara sendiri . Tujuannya hanyalah untuk mendapatkan kebenaran dan pada masa sama untuk mendesak agar tragedi yang melibatkan kematian lebih 3 ribu nyawa tidak berdosa ni dapat dikaji-siasat semula . Mereka juga berjaya membuktikan yang kejadian pelanggaran kapal terbang itu sebenarnya dibantu oleh bom2 jangka yang telah dipasang di setiap 3/5 tingkat . Padanlah bangunan tu roboh dalam masa yang singkat . Kalau ikut logik, kapal tu hanya akan melekat kat tingkat yang dia langgar tu je lah. Lagipun, dulu ada kejadian yang sama berlaku di US di mana kapal melanggar bangunan dan ia sememangnya tidak jatuh menyembah bumi . Pendek kata, banyaklah bukti2 menarik yang mereka kemukakan yang sehingga kini tidak dilayan oleh kerajaan mereka . ( senang2, boleh check out website diorang ’re-investigate 9/11′ atau ‘pentacon.com’ dan banyak lagi sebenarnya.)     

Osama yang mereka inginkan sangat itu (WANTED - DEAD OR ALIVE) DIKATAKAN telah MENINGGAL DUNIA sebelum terjadinya lagi peristiwa hitam 9/11 tersebut . Beliau yang pernah dilaporkan sakit kronik sebelum ini (buah pinggang ke apa ntah,lupa lak) ; telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta secara sorok2 (kalau tak silap di Dubai) . Namun segala tindak-tanduknya telah dipantau oleh unit khas ala James Bond Amerika dan unit Yahudi (Mossad) yang telah meletakkan agen2 terhebat mereka di situ untuk menghapuskan beliau. Dikatakan juga beliau telah dibunuh menggunakan RACUN dan mayatnya telah diangkut oleh mereka dan disorokkan. Secara logiknya bodyguard2 Osama bolehlah dikatakan terbunuh jugak .

Aku yang pada mulanya berfikir 2/3 kali mula berfikir 20/30 kali kerana kelangsungan logik yang diterangkan oleh beliau semakin menghampiri hakim akalku .

Dia kata “cuba kau tengok ya, setiapkali video dan wajah Osama muncul, setiapkali itulah jugak dia pakai baju yang sama, walkie talkie, raifal/machinegun, kasut,ketebalan janggut dan macam2 lagi imej yang sama. Mamat tu kaya-rayalah. Dia boleh beli alatan perang yang canggih-manggih dan gadget2 terkini, bukan pakai walkie-talkie dan pistol2 yang kodi. Pastu gambar dia semua jenis visual lama ala homevideo murahan tahun 80/90-an . Takkan zaman sekarang ni dia tak guna kamera HD baeekk punyee. Bangsat sangat ke mamat Osama ni ? . Come on lah, dari 2001 ke sekarang beberapa kali yang imej dia muncul mesti sama. Ini memang fakta. Yang fiksyen adalah wataknya yang dihidupkan semula demi membina plot klimak yang memang macam k i . . k ! ….

Dah berapa tahun askar Amerika berada di Afghan? Dengan teknologi yang super-power bantuan satelit pemantau terkini, takkan tak boleh jumpa mamat Osama ni. Alasan diorang Osama masih menyorok lagi dan menjadi sahabat gua!. Mereka juga ada rasa yang mungkin Osama dah mati akibat serangan2 bom terdahulu (tapi tak sure!) . Bayangkan betapa banyak kejahanaman yang diorang dah buat serta ribuan nyawa yang terkorban sampai boleh tak sure!!!… 

Samada dia dah mati ataupun belum, aku percaya yang kerajaan Amerika menggemarkan imej Osama ni masih hidup lagi kerana banyak agenda yang boleh dilaksanakan selagi masyarakat dunia percaya yang Osama masih bernyawa . Ada juga yang percaya bahawa (peristiwa 9/11) mempunyai agenda (Mahajahat)tersembunyi. Ia adalah satu lesen untuk membunuh (as a license to kill-the Muslims); terutamanya masyarakat Islamlah, siapa lagi !. Al-Qaeda pula merupakan organisasinya. Bila ada organisasi jadi nampak dan bunyinya lebih besar dan kukuhlah . Maka, apa saja kejahatan dan kemusnahan serta cari-gaduh dalam beragama yang berlaku di seluruh dunia (samada nak atau tak nak kita terima) adalah didalangi oleh Al-Qaeda (bagi pandangan Amerikalah yang kemudiannya diterima baik oleh semua pihak) . Ia adalah bagi menyenang-mudahkan proses segala pertuduhan yang berlaku.

Teringat aku kat member aku yang lain , pernah bagitau masa dia pergi Afghan dengan misi PBB dulu, kata dia; orang tempatan kat sana cakap yang selama ni tak pernahpun orang kampung kat situ terjumpa malah terserempak dengan Osama ni, berorganisasi apatah lagi . Mungkin ia adalah watak fiksyen karya Amerika (kata dioranglah!).

Tak dinafikan yang memang dia wujud, dan pernah berjuang dengan pihak Mujahiddin beberapa tahun dulu dan pernah ngam dengan US government . Atas deal yang tak beberapa cantik antara pihak2 ni ; jadi diorang terus bermusuhan dan Amerika telah mencipta satu skrip yang Mahahebat (masterpiece) untuk menjatuh-musnahkan terus imej Osama di mata dunia; demi menutup benda2/(tahi) yang telah dilakukan oleh kerajaan USA . 

Sekarang bila Osamanya gambar dah habis digunapakai , dan kalau nak recycle balikpun orang boleh tahu itu visual yang tak real; awal2 lagi sriptwriter dah cipta watak orang nombor 2 pertubuhan pengganas tersebut . Yang dimaksudkan ialah Ayman Al-Zawahiri . Kini imej beliau pulak menghiasi layar2 TV penonton berita seluruh dunia . Kalau kita amati dengan sepenuh akal-fikir-jiwa-raga kita; maka kita akan dapati yang wajah Ayman ni ada pelik semacam!. Tengok banyak2 kali lagi terasa peliknya hingga menerbitkan satu persepsi, adakah mamat ni betul2 orang yang dimaksudkan atau hanyalah satu watak yang dipakaikan dengan costume dan telah di’specialeffect’kan dengan make-up melampau (ala-mission imposible) hinggakan susuk dahi dan hidungnya berada di ‘propotion’ yang tak seimbang dan memang kelakar . (Tak caya gogglelah nama dia dan layan tengok habis2an muka dia tu!).

Kalau member aku yang bagitau cerita ni menipu , maka aku dan kalian tertipulah!. Tapi ia sekadar perkongsian maklumat yang tak seberapa hasil dari pengamatan yang hadir dalam waras akal yang membibitkan logik . Tiada ujikaji saintifik dijalankan semasa tulisan ini terhasil .

Apapun, manusia itu harus disedarkan dan mesti ada rasa insaf untuk sedar secara sendiri seterusnya bangkit dengan persepsi baru yang lebih dinamik. Paling penting, maklumat perlu dikongsi agar ia boleh didiskusi dan mudah2an segala misteri dapat diatasi . Manusia berbeza dengan binatang kerana akalnya. Gunalah akal sebaik mungkin agar kita tak langgar garis-sempadan  itu  …                                             Khalifah itu mencari dan memberi; bukan hanya menerima seadanya…

Oh-Bama= Si Peng’ubah’ Dunia?!…

•November 7, 2008 • Leave a Comment

     Salam Perubahan kuucap buat hero baru dunia . Tahniah Saudara Obama… Tahniah…

     Beberapa hari yang lalu, negara uncle Sam dan dunia amnya dikejutkan dengan keputusan kemenangan kerusi Presiden ditangan Barack Hussein Obama (47) ; dari parti demokrat . Obama yang menang dengan majoriti besar (lebih 270 undi) menewaskan McCain (72) dari parti Republikan itu sememangnya sesuatu yang ‘diharapkan’ ; namun bukanlah perkara yang ‘disangka2kan’ . Cuba bayangkan seseorang berkulit hitam akan menerajui sebuah negara kuasa besar bermajoriti kulit putih yang bangga dengan ‘White Supremacy’ diorang . Memang tak logik !. Tapi, itulah kebenarannya dan menjadi kenyataan hasil akibat sistem pengundian cara demokrasi yang telah diamalkan oleh negara Amerika Syarikat semenjak lebih 300 tahun merdeka .   

     Akibatnya , seluruh negara di dunia merasakan kegembiraannya dan pelbagai acara dijalankan semata2 untuk meraikan peristiwa keramat ini yang julung2 kalinya berlaku . Beribu sebab dan alasan mampu diceritakan hasil dari keputusan bersejarah ini . Apa yang pasti, tema pada perjuangan Obamalah yang paling dunia ingin dan dambakan sangat2 iaitu ‘Change’ . ‘Perubahan’, satu perkataan yang mudah difahami ini lahir dari perkataan ‘ubah’. Untuk berubah dari sesuatu kepada sesuatu yang lain (selalunya dari buruk kepada baik) , Obama sendiri perlu mengubah beberapa perkara yang bukannya kecil tetapi sangat,sangat,sangatlah besar yang kini melanda negara USA .   

     Tahniah Obama….. Tahniah…..

     Tugas Maha berat utama yang menanti beliau kini ialah untuk mengatasi krisis ekonomi negara Uncle Sam (yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah moden Amerika-semenjak 30-an; yang juga bila2 masa boleh memuflis-memusnahkan pelbagai lapisan masyarakat luar dan dalam Amerika sendiri) .

     Di samping itu, beliau juga menawarkan khidmat bagi menolong serta membantu-selia isu (global warming) pemanasan cuaca yang dialami di seluruh dunia. Ini adalah kerana selaku negara yang digerakkan oleh kegiatan ekonomi dari pelbagai jenis industri, sesiapa yang menjadi Presiden haruslah bertanggungjawab untuk menanganinya . (Aku membayangkan peranan Obama dalam masa yang mendatang ni seakan Superman, malahan lebih lagi kerana beliau akan sentiasa mengawal-pantau ozon di planet kita dari ancaman terik matahari yang menerobos semua makhluk di bumi) .

     Yang paling penting dan menjadi kerisauan bagi penduduk tempatan adalah berkenaan dengan isu keselamatan dalam negara . Jangan bagi berlaku lagi tragedi seperti 11 september 2001. Pastikan takde kapal terbang yang akan langgar lagi bangunan2 swasta ataupun kerajaan… Pastikan komander yang menjaga ruang udara di setiap negeri tak tidur sewaktu bertugas …

     Itu belum lagi cerita serta isu perang dan tentera Amerika yang masih merata-berada di bumi Afghanistan dan di Iraq . Pulihkan cepat ekonomi, sistem sosial serta dasar demokrasi ala-Amerika yang telah diperkenalkan oleh Presiden terdahulu …. 

     Menjadi pihak ketiga ataupun orang tengah bagi pertelingkahan dan peperangan di Palestin yang dah berpuluh2 tahun tak sudah2 antara kaum Yahudi dan Muslim juga penting untuk diselesaikan. Obama juga perlu mereka pelan damai dan bikin ‘road map’ baru yang dah lapuk tu. Ini kerana para pelobi kerajaan iaitu mereka yang Maha hartawan di Amerika ialah mereka yang minoriti Yahudi . Dalam masa sama, orang Islam pun kena dimasukkan dalam perkiraan jugak pasal negara2 Arab amnya yang menjadi rakan niaga utama dalam pelbagai perusahaan terutamanya minyak akan memantau apa yang terjadi di bumi keramat Palestin . Jadi, nak tak nak, isu tebing barat bukanlah perkara yang harus dipandang enteng .

Tambahan pulak, isu nak berperang dengan negara Nuklear Iran (yang ‘underdog’ dan sentiasa di’underatted’ oleh pelbagai negara sebagai negara bermasalah, teknologi tak beberapa power dan boleh dimakan bila2 masa) yang dihasut oleh Zionis dan diayam2kan Bush (dalam kempen anti Iran). Adakah US nak bukak balik ikatan diplomasi yang disekat selama ni sejak berlakunya Revolusi Iran, tahun 1979 ?.

Belum lagi cerita baru2 ni yang askar Amerika tersasar dari sasaran dan terbom di sebuah tempat / wilayah di Pakistan… Perggghhhh… macam2lah . 

 Tahniah sekali lagi Obama…. Tahniah…

Di samping cerita dan masalah hebat yang bakal diselesaikan oleh Obama beberapa tahun ni, macam2 kisah juga turut diperkatakan mengenai beliau . Yang paling tak sedap nak dengar ialah ada orang kata Obama merupakan anak luar nikah .

Bapanya merupakan seorang pensyarah dan asli Kenya . Maknya pula adalah anak murid bapanya yang berasal dari Kansas (orang putihlah). Peristiwa ‘one night stand’ antara kedua ibubapanya telah membenih-lahirkan beliau . Kalau betullah berita ni , nyatalah pada aku yang Obama memang seorang juara dari azali lagi . Dan, apa yang best lagi ialah satu fakta besar ini perlu diubah iaitu; Obama bukanlah orang kulit hitam pertama , malah orang kulit hitam-putih pertama bergelar Presiden dalam sejarah Amerika . 

Pengalaman aku berada selama sebulan di NY= waktu tu ramailah orang dok sibuk cerita tentang Obama ni(dari pelbagai lapisan masyarakatlah – macamlah diorang kenal benar!) ; kebanyakkan orang2 black sendiri pun tak beberapa percaya sangat kat dia. Diorang kata Obama ni seorang ‘elitist’, tak peduli sangat tentang kehidupan masyarakat black amnya (ye lah, dah jadi Senator, campur dengan orang kaya2, memanglah hidup senang sikit kan, dah la tu grad Harvard pulak!) .

Apapun, Obama atau Osama , memang 2 nama yang sering disebut dibibir2 masyarakat Amerika . Ketahui tentang kisah Osama disiri kedua sambungan artikel yang tak seberapa ni di masa hadapan.

Betul ke Osama itu wujud dan hidup lagi ?….

Nak dengar cerita tak ?

•October 22, 2008 • Leave a Comment

Genap 12 hari; saat ini aku menulis kembali . Salam sejahtera kuucap buat kalian yang budiman .

Membaca dan menulis; 2 perlakuan berbeza . Kedua2nya menyeronokkan dan memang memerlukan kosentrasi.

Membaca : Menelaah,meneliti dan memahami kata2 serta struktur ayat2 terhimpun yang telah dibentuk menjadi beberapa perenggan berpenghujung; yang kita kenali sebagai suatu bahan tulisan,nashkah, makalah mahupun risalah.

Menulis : Melempiaskan apa yang terkandung di ruang fikiran seraya memilih kata2 yang sesuai untuk dijadikan ayat . Ia menuntut pada pengamatan tajam melalui pengalaman kehidupan mahupun mengadaptasi kejadian/isu2 yang telah berlaku ,lalu dijadikan paparan umum menggunakan teknik tulisan dan taipan . Medium penyampaiannya pula terlampau banyak hingga tak tau mana satu nak dipilih . Interpretasi serta niat (baik/buruk) akan terpancar dan diketahui pada akhirnya; yang akan membayangkan penulis jenis apakah seseorang itu .

Pokok cabarannya di sini ialah cerita dan penceritaan .

Cerita : Apa kisah yang nak disajikan ? Jenis @ genre serta klasifikasi, besar mana skopnya, berapakah tempoh-masa dalam satu2 cerita itu berlaku; selain dari (5W 1H – what,who,when,why,where & how) serta teori penceritaan piramid yang disaran oleh Aristotle : intro, climax & solution dan sbg.

Penceritaan : Bagaimanakah cara ianya ditulis ?, Apakah pendekatan/stail/gimik/hook yang digunakan?. Paling penting, sesebuah cerita itu mestilah difahami oleh bahasa2 yang telah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa . (Janganlah pulak menulis dalam bahasa purbakala yang tak digunakan di zaman moden ni. Boleh , tapi ia akan menjadi perbuatan yang sia2. Ingatlah, bahawa Tuhan tak suka makhluknya melakukan perkara yang bukan2) .

Namun, cerita tak kisahlah panjang atau pendek , ia mestilah membawa makna . Besar atau kecil itu bukanlah soal asas. Yang utama ialah ia mesti bermoral. Manusia/penulis itu pasti rimas apabila dikenali sebagai seorang yang tak bermoral . Tak semestinya bermesej (Biarlah posmen saja menjalankan kerja penghantaran surat yang membawa mesej) .

Sebagai penulis, tak perlulah kita dengan riak menulis secara panjang-lebar semata2 untuk menunjukkan skill/kehebatan kita melalui jurus2 ayat bombastik yang plastik . Apatah lagi memilih-guna pendekatan ceramah dalam penulisan , sememangnya memudaratkan, tidak digalakkan dan kadang-kala boleh mendatangkan kebencian.

Sedangkan Rasul Agung kita , Muhammad SAW juga di akhir hayat baginda; tidak menyampaikan wasiatnya (berisi cerita) secara panjang-lebar. (Sila rujuk pada sunnah dan hadis nabi – short,nice and sweet) .

Satu penyakit besar yang melanda masyarakat kita masakini yang sering aku perhatikan ialah tentang ‘peel’ menulis dan berceramah secara berleteran-panjang-lebar sudah menjadi trend yang menjadi2. Siapa yang bercakap paling banyak juga akan dianggap ‘terer’ dan menjadi wira dalam segelintir masyarakat .

Kerap-kali kemunculan program2 di Tv yang menyiarkan ceramah2 agama khasnya, (yang lain aku tak peduli sangat-eg. ekonomi, politik sosial, sukan, dsb.) juga memaparkan kehebatan ustaz/ah2 yang kadang2 macam nak marah orang tak tentu pasal. Lontaran intonasi tinggi disertakan dengan cara penggubalan isi hujah yang disampaikan dengan cara kasar, menggambarkan jiwa yang tak terkawal; sekaligus boleh menghilangkan rasa hormat masyarakat bukan Islam terhadap golongan cendekiawan Islam.

Masing2 macam nak tunjuk hero/in…. Astaghfirullahhalazim… Bawak2 mengucap para penceramah oi…. Namun, pujian harus diberikan pada mereka yang bernawaitu bersih dan sentiasa sedar diri dalam mengawal pergerakkan tutur-kata dalam menyampaikan dakwah dengan pendekatan zuhud yang konsisten . Syabas dan teruskan usaha murni kalian..

Genap 12 hari, saat ini aku ingin berkongsi. Cerita tentang pertemuanku dengan seseorang yang sangat istimewa . Tanyalah pada sesiapa (khasnya bagi para Muslimin/at), siapakah yang mereka ingin sangat untuk ketemu-jumpa jika diperkenankan Allah SWT . Pastilah Kekasihnya, Muhammad SAW .

Hari itu , 11/10/2008 , Sabtu .

Memang penipu besarlah kalau aku katakan aku berjumpa dengan KekasihNYA. Yang aku sua-muka adalah dengan Sheikh Syed Ahmad Al..Al…Al…(dia ada bagitau tapi terlupa pasal panjang sangat nama keturunan dia) . Beliau yang aku maksudkan merupakan cucu,cucu,cucu……………… -cicit kepada cucu nabi Muhammad SAW dari sebelah Hassan .

Antara agenda dan misi beliau di sini bersama adik serta beberapa rakannya yang lain ialah untuk menghadirkan diri di sebuah majlis ilmu/perjumpaan yang dianjurkan oleh Yayasan Sofa, di Rembau N.Sembilan . Penubuhan Madrasah di situ juga bersangkut-paut dengan sumbangan oleh arwah ayahnya yang terkenal dengan sifat dermawan . Kini giliran beliau pula untuk meneruskan apa yang telah arwah bapanya usahakan .

Agenda aku dan rakan krew yang lain pula ialah untuk merakamkan temubual video eksklusif bersama beliau menanyakan perihal kedatangan mereka ke sini dan hal2 seumpamanya . Di samping itu projek dokumentari baru yang akan aku usahakan tidak lama lagi ; juga berkait rapat dengan tajuk Madrasah Salasilah Rasullullah . Lalu dikesempatan ini, kami cuba mendapatkan penjelasan mengenai konsep dan falsafah madrasah yang beliau fahami serta isu2 berbangkit yang lain . 

Berserban dan berjubah putih . Badannya agak besar dan gempal . Aromanya wangi dan menyenangkan . Riang dan sentiasa tertawa kecil . Sesekali beliau mengusap janggutnya yang tebal sambil melontarkan senyuman yang manis . Percakapannya juga menggambarkan beliau seorang yang zuhud .Tangannya aku salam sambil tunduk-cium umpama tuan guru.

Bertaraf ulamak besar di bumi Mekah-Al-Mukarramah, namun kami yang agak segan kerana tampil dengan pakaian biasa yang agak serabai; telah disuapkan dengan beberapa potong nasihat oleh beliau, mengatakan bahawa seseorang manusia itu sama saja di sisi yang Maha Esa. Iman dan Amal penentu segala . Segala pangkat dan harta hanyalah sementara . Pemakaian dan penampilan adalah pilihan semata2 .

Walaupun isi perbualan yang cuba disampaikan kepada kami itu adalah benda2 biasa yang sering diajarkan oleh cikgu/ustaz2 kita sejak dari kecil dulu; namun yang membezakan ialah cara ia disampaikan dengan penuh hemah . Hemah jugalah yang memancarkan hikmah . Hikmah keramat oleh Syeikh Syed Ahmad yang merupakan cucu-cicit pada rasul akhir Muhammad (SAW) akan sentiasa kukenang-semat .  

Walaupun hanya setengah jam aku menemuramah dengan bantuan penterjemah , aku dan rakan yang lain berasa cukup puas,senang, tenang dan berbangga sangat kerana dapat bertemu beliau . Raut-wajahnya aku tenung sepuas2nya dengan harapan cuba membayangkan bagaimanakah agaknya wajah seorang Kekasih Allah . Seperti biasa selesai sesi temubual, sesi bergambar menyusul. Bagiku, dokumentasi gambar lebih penting dari pengucapan lisan dan sememangnya efektif sebagai bukti pertemuan bersejarah ini.

 

Mungkin memberikan tips untuk bercerita lebih mudah dari mengisahkan sesebuah peristiwa menggunakan kata2 . Apapun, perjumpaan ringkas ini jadi satu pengalaman yang best kerana ia berlaku dalam tempoh masa yang tidak lama . Aku ingin sekali lepak dan sembang terus , tapi sedar bahawa sesuatu yang berlaku itu pastinya hadir menzahirkan HIKMAH .

Seperti yang aku katakan di atas , cerita yang panjang atau pendek bukanlah penentu kecemerlangan kita dalam bercerita . Awal dan akhir cerita adalah Niat. Niat yang baik , dibalas baik. Niat yang jahat, tak payah fikirlah, Na’uzubillah ! .

Baik dan Buruk adalah pilihan . Akal yang sihat memberikan arahan. Untuk menulis dan bercerita perlu banyak latihan . Jatuh dan bangun menjadi halangan . Hadiah dan glamour bukan tujuan .

Aku menulis untuk kepuasan. Aku sentiasa sedar bahawa aku kena terus dan terus belajar . Ke negara China dan ke liang lahad jadi awalan kepada akhiran .

Nak dengar cerita lagi ? Tunggulah di lain hari……..

Siapa nama Jumaat, angkat tangan ?!.

•October 10, 2008 • 1 Comment

” I don’t care if Monday is blue, Tuesday, Wednesday and Thursday too, Saturday I don’t care about you , It’s FRIDAY, I’m in love …. Saturday wait, Sunday always comes too late, but FRIDAY  never hesitate”…                                                                                                                                                     -                                                                                                                -The Cure -

                      Salam Jumaat buat semua insan; tak kira siapa dan di mana korang berada…

Petikan lirik di atas serba sedikit dapat membantu-terangkan betapa gembiranya aku bila berhadapan dengan hari Mulia bernama Jumaat ni . 

Kalau Kepala bagi sesebuah negara itu ialah Raja, Presiden atau Perdana Menteri …Ramadhan bulan yang baik antara seribu bulan … Al-Fatihah adalah ayat yang paling ampuh.. Durian adalah Raja buah , Harimau adalah raja di rimba, Matahari ialah tempat yang paling panas sekali , Firdaus adalah Syurga yang paling diidamkan, Jahannam ialah neraka yang paling bangsat …                                                                                                                               * Jumaat pula merupakan penghulu bagi segala hari…

Sehinggakan ada restoran yang dinamakan bersempena dengan hari Jumaat .                                                – TGI FRIDAY = Thank God It’s Friday .

Di samping kisah-kisah menarik yang terkandung-maktub dalam Al-Quran dan Hadis yang menyatakan tentang pelbagai keistimewaan yang berlaku pada hari Jumaat ; kita juga diberikan peringatan yang tak boleh tidak kita lupakan, iaitu bahawasanya; KIAMAT juga akan datang menerajang kita semua dihari Jumaat .

Bila tiba hari Jumaat (bagi mereka yang bekerja), pasti dibenak mereka terfikir yang kerja pada hari ini ibarat ‘half day’ (tak kira samada Muslim ataupun Non Muslim) . Pasal waktu tengahari, kita boleh break seawal (12.00 – 3 lebih) dan masuk semula agak lambat dengan menggunakan alasan jalan jam – memang boleh diterima pakai) .

Bagi yang Muslim khasnya lelaki, tanggungjawab solat Jumaat perlu dilaksana. Bagi yang tak nak pergi ke masjid mereka juga ada pilihan2 lain seperti pergi melepak di shopping complex , boleh usha2 awek ke , tengok wayang ke, mana yang takde duit boleh tidur je kat ofis atau dalam surau atau boleh saja singgah rumah memember yang buat keputusan yang sama untuk beristirehat sambil bermain ‘playstation’ atau layan dvd …

Bagi kaum Muslimah pula, Jumaat ibarat ‘heaven’ kerana boleh lepak kat Mall jugak , sambil usha2 rekaan terkini kasut, baju, tas-tangan, barang make-up mahupun jamu mencantikkan susuk-fizikal mereka . Di samping itu , gosip’ing’ juga menjadi agenda utama sewaktu acara makan tengahari berlangsung . Ia sangat penting dan dianggap sebagai medan terapi jiwa bagi golongan hawa .

Mana tidaknya waktu inilah kita boleh meluahkan rasa tak puas hati antara sorang staf dengan yang lainnya, mengutuk bos yang kedekut dan suka menggatal, menyatakan yang empunya diri sudah berbakti dengan cemerlang namun tidak diberikan balasan yang setimpal oleh syarikat, menjelaskan perihal ‘claim’ yang masih tidak dapat lagi, menyatakan isi hati dan betapa empunya diri sudah tangkap cintan dengan mamat ni yang rupa2nya laki orang; dan macam2 lagi perkara yang tidak dapat diperkatakan sewaktu dalam office hour . Ianya boleh berlanjutan sehingga beberapa jam (bergantung kepada tuanpunya diri samada berkhidmat dalam jabatan kerajaan ataupun swasta) .

Apapun Jumaat memang sempoi . Kalau pada hari2 biasa , penunggang motosikal akan takut lagi cuak kalau berada dijalanraya tanpa memakai topi keledar. Namun Jumaat jugalah yang menyelamatkan mereka dari kena saman dengan polis trafik. Pakailah songkok, ketayap, baretta, serban asalkan bukan ‘helmet’; pastinya duit anda tidak akan melayang akibat penangan saman . Malah , jika anda mengangkat sambil melambai tangan ke arah polis yang bertugaspun , mereka akan membalas lambaian anda dengan penuh hemat, kesyukuran dan senyum mesra . Jika bernasib lagi baik , anda juga akan diberikan secebis nasihat supaya membawa motosikal dengan berhati2 . 

Pergilah ke kawasan2 yang mempunyai surau2 atau masjid2 di sekitar anda , tak kiralah dari utara ke selatan semenanjung mahupun di sabah dan sarawak , senarionya tetap sama iaitu  ; hari Jumaat kalau anda ’parking’ kereta di tempat yang tak dibenarkan dan juga tidak memakai topi keledar , pastinya anda takkan kena saman . Begitulah indahnya menghadapi hari Jumaat .

Selesai waktu bertugas, ada juga wargakerja yang ambik keputusan untuk balik ke kampung atau bercuti pendek pada hari ini . Jalan yang jam tak ingat, juga adalah disebabkan oleh mereka yang sentiasa punyai misi2 tertentu dalam kehidupan masing2 . Lagi yang menarik ialah selepas Jumaat, Sabtu dan Ahad pula muncul memberi tanda-aras bahawa cuti hujung minggu bakal menanti dengan pelbagai rancangan dan aktiviti yang diharap dapat direalisasi.  

Aku juga tak terkecuali; tergolong sekali dalam golongan mereka yang menyintai Jumaat kerana sifat serta makrifatnya yang hanya DIA saja mengetahui . Aku tak peduli tentang 6 hari lain yang biasa saja bagiku . Jumaat tetapku tunggu untuk menikmati lagi kekliseannya yang tak pernah aku jemu-jemu .

Ramadhan, Syawal dan Kelahiran…

•October 7, 2008 • Leave a Comment

Syukur Alhamdulillah kupanjatkan buat Sang Pencipta yang masih membenarkan aku bernafas sehingga ke saat ini. Ya, hari yang ditunggu2 kini tiba lagi seperti yang aku harapkan.

Ramadhan berlalu, kini Syawal menyinggah . Dua bulan adik-beradik ni sememangnya bulan yang penuh keberkatan serta memperlengkapkan antara satu sama lainnya . 

Dikatakan Ramadhan, bulan di mana iblis-sekeluarga dirantai dan segala dosa boleh dicuci dalam 30 hari ini. Namun, di negara Malaysia; yang majoritinya beragama Islam, kita diperlihatkan dengan kejadian ( dalam konteks sosio-politik negara yang paling mengarut sekali dalam sejarah negara ) berlaku, juga pada Ramadhan.

Aku rasa tak payah ceritalah perkara/ peristiwa yang lepas dalam blog ni pasal ia akan menambahkan kekusutan dalam minda dan jiwa masyarakat kita yang memang dah berkecamuk dek penangan arena politik-sosial-ekonomi dan sebagainya dalam mahupun luar negara.

Bersesuaian dengan pena bertema ”JAMUJIWA”, aku hanya akan menyajikan kisah2 yang relax, cool berrohanikan hikmah; khas buat tatapan pembaca ..

Satu benda yang nak dikongsikan yang aku rasa menarik berlaku pada diri aku di bulan Ramadhan yang lepas ialah aku telah diberikan hadiah yang tak ternilai oleh wang ringgit  . Ia merupakan sebuah pengalaman bertemu dengan roh nenek aku yang telah meninggal dunia dalam usianya 80-an pada 12 Ogos 2008 yang lalu .

Seperti biasa, lepas sahur aku akan tunggu waktu Subuh barulah tidur . Dalam doa, aku sentiasa mengharapkan agar Tuhan mengampunkan dosa2 beliau dan meletakkan Rohnya di kalangan orang2 yang beriman . Lepas solat , apa lagi terbarailah aku mengharapkan dapat lena barang 2/3 jam sebelum memulakan kerja . Harinya aku dah terlupa tapi berlaku pada minggu ke-3 puasa .

Di ruang dan waktu yang terpilih itulah aku dihadiahkan oleh Allah berjumpa dengan arwah . Dalam keadaan yang surreal itu screenplaynya sangat mudah untuk diingati . Di satu sudut dalam rumah aku menghadap ke pintu, aku melihat seorang wanita dari belakang hendak menuju ke pintu tersebut . Dengan rasa ingin tahu aku menepuk bahu seraya menolak dia ke arah aku . Peh !, aku terus menjerit dengan nada yang gembira NENEK!!!! . 

Arwah tak cakap sepatah apapun, tapi tersenyum sepanjang kemunculannya . Aku tak lepaskan dia dari pegangan genggaman tanganku, lalu aku peluk dan cium pipi kiri , kanan dan dahinya beberapa kali secukup rasa . Apa yang Best ialah, beliau hadir dalam susuk-fizikal yang muda ( dalam umur 50-an ) dan yang paling aku tak lupa ialah aroma badannya yang sentiasa wangi dan dilitupi dengan bedak (Kutikura) penuh di muka ; masih berbau dan melekat diingatan sehingga kini . Walaupun adegan itu berlaku tidak sampai 30 saat , ia menjadi ‘toplist-shortfilm’ terbaik pernah aku tonton di ruang bawah-sedarku .

Mungkin itulah antara keberkatan yang dijanjikan oleh Zat Azzawajalla pada manusia yang tidak mempunyai apa2 kudrat selain dari izinNYA . Selagi pengalaman itu tersemat di sudut akal dan sanubari , selagi itu aku akan menyatakan rasa-syukurku pada yang Esa .

Apa yang aku ralat sangat ialah , waktu arwah meninggal aku baru balik dari assignment ke Sabah . Aku kena cover event hari ATM bersama Media . Waktu arwah meninggal ( jam 10 pagi  ) aku di Pulau Layang2 dan line utk Maxis takde coverage ( apanye hapraklah ! ) . So, bila mendarat kat lapangan terbang TUDM Shah Alam jam 5.30 petang , apalagi TUTUTUTU…. berbelas2 sms masuk . Terbangak sekejap aku di satu sudut kat situ membaca mesej yang bertalu2 membawa perkabaran hiba lagi pilu .

Dengan credit tak top-up lagi dan nak balik ke ofis pun takde orang nak ambik menambahkan lagi kemurungan di petang hari . Rupa2nya diorang dah kebumikan jenazah lepas Asar. Jadi, memang takde rezekilah aku untuk menatap wajah nenek untuk yang terakhir kali .

Mengikut sumber2 dari saudara2 yang boleh dipercayai, diorang cakap tarikh dan cara beliau meninggal sama dengan arwah Atuk aku meninggal; dengan menghembuskan nafas terakhir sewaktu dalam tidur . Ini memberi pengajaran betapa romantiknya arwah nenek dan atuk aku ( Korang faham2 sendirilah! ).

Dan , bila aku fikir jauh sikit , 2/3 hari sebelum nenek pergi, abang aku yang kedua selamat menimang cahayamata keduanya; Aezsa Agi. Betullah kadang2 orang tua2 bagitau, yang setiap kelahiran pasti ada yang akan pergi meninggalkan kita untuk memberi ruang kepada jiwa baru memasuki dunia ni yang semakin sempit dan menghimpit .  

Dan, pada hari ini yang bertarikh 7 Oktober 2008; aku diberikan lagi peluang olehNYA untuk menyambut ulangtahun hari lahirku . Walau agak klise, 7 tetap menjadi nombor favourite . Ia adalah hari penghujung bagi satu dan setiap minggu . Ia juga adalah ketetapan dan takdir yang telah tersurat (di Luh Mahfuz) bagiku sewaktu keluar berjumpa dunia .

Semoga apa yang dicoretkan di atas dapat menjamu jiwa2 yang kepingin mendengar cerita2 yang bukan-bukan luarbiasa, yang lahir dari niat untuk berkongsi secebih kisah sempena ulangtahun hari aku dilahirkan . 

                                                       Selamat Hari Jadi buat Aku… 

Sehingga kini dan selamanya aku masih dan akan terus mencari siapa yang dimaksudkan dengan Akuku !

Ada apa dengan 16 sept.?…

•September 16, 2008 • Leave a Comment

Syukur kerana dipertemukan dengan tarikh yang bernombor 16 sept.2008 ini..

Merujuk pada tajuk di atas. Selain dari ia membawa sejarah kenangan di mana bermulanya negara yang ketika itu hanya berkuasa mutlak di tanah semenanjung ; pada tarikh ini, ia telah menyatu-temukan negeri Sarawak (bumi kenyalang) dan Sabah (di bawah bayu) di bawah panji Malaysia (nama baru/moden bagi Malaya, Persekutuan Tanah Melayu) . Selain tanggal 31 Ogos (57), 16 Sept. juga wajib dikenang sebagai hari Mulia yang perlu diingati selagi bumi bertuah bernama Malaysia wujud di alam maya ini . 

Namun , di era Millenum tarikh 16 Sept. sekali lagi diseru dengan cara lain melalui pelbagai kempen . Ada yang nak jadikan ia sebagai hari cuti umum sebagaimana 31 Ogos – diraikan setiap tahun.  Yang pasti, Nawaitu untuk memancing rakyat agar menyokong sesebuah parti atau hanya sekadar ingin berkongsi cadangan murni , jawapannya ada pada rakyat kita yang semakin hari semakin bijak membuat keputusan ditangan sendiri .

Konotasi yang tidak perlu fikir panjang ialah : Kalau cuti , dapatlah rehat, bawak keluarga jalan2 pergi tasik titiwangsa ke , KLCC ke atau kalau bujang tidur je sampai ke petang. Kalau bekerjapun tak jadi masalah, selama merdeka lebih 50 tahunpun tak pernah cutipun bila tarikh  16 sept.ni … Jadi, apa yang nak dihirau-risaukan sangat dengan tarikh keramat yang tak seberapa keramat manapun ini ?   

Oh , soal peralihan kuasa… Boleh ke terjadi , ni semua kerja gila, merepeklah, kau cakap apa ni , jangan cakap je nanti tak boleh capai siapa nak jawab? dan macam2 lagi dialog biasa yang dikeluarkan oleh otak pelbagai lapisan masyarakat di bumi unik bernama Malaysia . Tak kiralah dia seorang Hakim , pomen, posmen, tok kadi, pemain bola sepak,penjenayah ataupun hanya sebagai pemandu kepada pemimpin2 politik yang sedang berkuasa sekarang; semua tengah cuak memikirkan soaljawab yang berkisar sekeliling mereka . Mana taknya , kalau berlaku betul2 perkara ni (peralihan kuasa yang terbina lebih 50 tahun bertukar baton kepada parti pembangkang) ,apa akan jadi pada faktor ekonomi, sosial, institusi beraja, sistem sedia ada dan lain-lain lagi ?. Adakah kita akan hidup dengan selamat? Dan pelbagai lagi soalan2 berjiwa negatif menerobos dalam sangkar akal kita yang selama ini telah diprogramkan oleh percaturan yang dinamakan demokrasi yang tidak seberapa . Apapun kita mesti bersyukur kerana kita boleh pergi sekolah, anak2kita dapat masuk universiti , cukup makan-minum, hidup harmoni dll . Tapi itu semua hanyalah fikiran dan alasan / ciptaan klise yang sudah lapuk , kurang daya kreatif ; yang masih sempit dan belum lagi keluar dari kepompong bagi mencapai matlamat negara maju.  

Untuk capai kemajuan , perlu ada pertukaran , anjakan pemikiran, pengorbanan, persefahaman serta nilai2 positif lain.

Apapun, Sofa dirumah kita yang sudah lapuk harus ditukar, agar paku yang berada di dalamnya selama ini tidak menusuk di badan kita . Waktu mula memiliki, bantal/cushion yang empuk tadi menggerakkan kepuasan kita untuk terbaring , menghenjut ke depan dan ke belakang . Akibat lama menggunakan sofa itu , satu hari akan menemukan paku dengan anggota badan kita yang berintikan darah-daging . Sememangnya tidak boleh digunakan dan regu yang tidak sepadan; maka ia perlu diganti atau dibuang atau disedekahkan (tapi orang selalu sedekah benda yang elok2) .

Perkara pokoknya di sini ialah MASA . Apabila sampai waktunya tarikh dan hari akan membawa kepada sejarah baru yang menggilapkan maksud sebenar bagi perkataan Malaysiaku yang  Cemerlang,Gemilang,Terbilang.

Dan, sehingga ke saat itu kita hanya mampu berusaha, melihat dan berdoa agar yang terbaik dapat dinikmati oleh seluruh Umat di Malaysia . 

Wallahualam .

awal kata…

•September 15, 2008 • Leave a Comment

Salam buat semua yang melayar tetikus mereka ke sudut ini .

Mungkin akibat desakan aku mula menulis. Sebenarnya aku lebih gemar berbicara, melihat muka orang yang ingin berkomunikasi dengan aku, bagiku seperti terapi, telus , kurang buang masa , malah lebih mesra . Bila bercakap dengan orang, kita belajar gesture. Mulut yang terkumat-kamit, jadi suatu senaman dalam membakar lemak yang tertumpu dibahagian pipi . Adrenalin pun bergerak laju dalam memilih kata2 sesuai yang ingin ditekankan, Semestinya CPU otak kita lebih sihat lagi cerdas. Pendek kata, banyak faedah yang kita dapat melalui berkata2.  Namun, permasalahan bermula apabila kata2 yang diterbitkan terlampau banyak dan melampau2 sehingga si tukang kata tidak sedar apa yang diperkatakan. Jangan sampai kita digelar puak Pelampau sudah ….

Pada masa sama, hati orang mesti harus dijaga . Takut diri dimakan kata . Masih ingat pada pepatah: ‘Sebab mulut badan binasa’ ? . Pasal itu aku mula terfikir untuk mula kurangkan bercakap dan perlahan-lahan menulis. Arahtuju aku dalam apa yang hendak aku kongsikan masih samar2. Aku orang yang jenis belasah saja dalam penulisanku . Aku bukan dalam alam persekolahan yang perlu risaukan gred bahasa , nak skor itu dan ini. Yang penting aku terus menulis . Siapa nak tahan aku kalau aku tulis tak sedap, tak sampai expectation ke apa ke jadah ke. Selagi ada akal yang sihat dan niat murni yang asal tidak menghasut, maka selamatlah kita dalam ruang siber ini .   

Apapun, tulisan ini adalah naskhah pertama yang keluar dari kerahan tenaga jari2ku dalam menzahirkan minat lama yang sudah lama ditinggalkan akibat kerja yang menggila .